Friday, November 22, 2019

TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


Menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat beberapa persediaan yang harus guru lakukan sebelum melaksanakan sesi pembelajaran. Antaranya, Dari segi mental, guru perlu memikirkan cara yang kreatif untuk menarik minat pelajar dan perlu membuat persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran yang akan diajar. Jika seseorang guru itu kreaitf maka hasil pembelajaran juga akan memaksimumkan. Jika sebaliknya, sesi pembelajaran tidak mencapai optimum atau maksimum seperti yang diinginkan oleh murid.

Seterusnya, Dari segi fizikal pula, guru perlu memastikan kelas sebelum mengajar dalam keadaan teratur dan bersih. Hal ini kerana fizikal bilik darjah merupakan aspek yang terpenting di dalam proses pembelajaran pelajar. Jika fizikal bilik darjah tidak memuaskan seperti kotor, bersepah atau gelap maka akan menjadikan pelajar tidak selesa.

Selain itu, guru juga perlu membuat persediaan bahan yang hendak diguna ketika proses pembelajaran berlangsung seperti menggunakan fassiliti dan peralatan yang disediakan dengan sebaik yang mungkin. Semasa proses pembelajaran berlangsung pula, guru ditekankan untuk menggunakan buku teks. Hal ini kerana, didalam buku teks terdapat gambar rajah yang jelas dan penerangan yang lengkap tentang sesuatu pengajaran.

Kesimpulanya, guru haruslah bersedia sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana untuk memastikan pelajar dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan. Selain itu, seseorang guru juga harus bijak dalam mengenal pasti masalah dan cuba untuk mengatasi masalah itu semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas mahupun di luar. 

RUJUKAN:

Eng, J. A. J. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti pembelajaran berkesan. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
TOPIK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


Berdasarkan Kamus Dewan Edisi keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Pada mulanya fungsi sekolah itu terbatas pada beberapa kecekapan (seperti membaca, menulis dan berhitung), tetapi kerana kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi masa kini menyebabkan sekolah tidak hanya mengajarkan menulis, membaca, dan berhitung tetapi juga keterampilan tertentu dan mata pelajaran yang lain. Persekitaran pula membawa maksud kawasan disekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah.

            Persekitaran psikososial adalah amat penting untuk sekolah dan persekitaran. Persekitaran psikososial dapat melahirkan suasana selesa, mesra, suasana yang dapat merangsang pembelajaran, menggalakan pembelajaran koperatif, bebas daripada ancaman bahaya dan dapat memberi peluang kepada semua murid untuk merasakan suasana selesa dalam pembelajaran.

            Seterusnya hubungan sekolah dan masyarakat, Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran. Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Sekolah mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat. Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak luar.

            Selain itu, hubunga sekolah dan ibu bapa (PIBG). Hubungn pihak sekolah dengan ibu bapa adalah sangat penting bagi mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru, membantu dalam memajukan perkembangan murid, dapat menambahkan sumber kewangan sekolah dan menjayakan aktiviti program serta program pendidikan.

            Kesimpulanya, Hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan yang saling memerlukan ibarat aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat 1 Malaysia. Ibu bapa juga dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial (JERIS).

RUJUKAN:

Malaysia, K. P. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Online)(www. moe. gov. my).
TOPIK 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. 

            Murid pelbagai upaya terdiri daripada murid masalah disleksia dan sebagainya. Disleksia adalah kategori masalah pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak. Orang yang mempunyai masalah pembelajaran disleksia tidak dapat dilihat dengan penglihatan mata kasar tetapi perlu dikaji dan penelitian terhadap proses pembelajarannya. Antara ciri-ciri disleksia yang lain ialah pertuturan yang tidak berstuktur seperti lambat bercakap, gagap dan pelat. Kanak-kanak yang menghidap disleksia juga tidak dapat mengingat arahan yang diberikan dan tidak dapat bertindak mengikut arahan, seorang yang tidak teratur atau tidak terurus dan sukar memahami konsep masa.
  
            Attention Deficit Disorder (ADD) merangkumi hyperactivity iaitu keaktifan melampau. Antara ciri-ciri itu ialah kanak-kanak yang selalu gelisah dengan tangan dan kaki atau tidak boleh berada di tempat duduk, selalu meninggalkan tempat duduk dalam kelas atau dalam situasi yang diperlukan dan selalu lari atau memanjat dalam situasi yang tidak sesuai. 

            Sindrom down adalah didefinisikan sebagai ketidakupayaan yang disebabkan ginetik dan tidak boleh diubati dengan ubatan tradisional mahupun perubatan moden. Perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak Sindrom Down lambat berbanding kanak-kanak biasa. Oleh itu kanak-kanak Sindrom Down perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari.

            Kesimpulanya, Pemulihan ialah pengajaran yang memberi tumpuan secara terus terhadap masalah yang menyebabkan ketidakupayaan pembelajaran seseorang murid yang menghalangnya untuk berfungsi secara normal. Halangan tersebut merupakan masalah yang merintangi fungsi normal adalah akibat gangguan dalam diri bukannya disebabkan kecacatan atau kekurangan motivasi.

RUJUKAN:

1)      Akta Orang Kurang Upaya 2008. Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Kuala Lumpur

2)      Lebar, O. 2009. Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori Dan Metod. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


Definisi budaya adalah ciri-ciri atau hasil tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosial (amir 2002). Definisi pelbagai budaya pula ialah Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

            Dari segi hakikat kejadian, manusia memang berbeza antara sau sama lain. Para pendidik haruslah sedar tentang hakikat ini kerana telah termaktub dalam FPN. Namun terdapat guru yang mengajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan masa yang diperlukan untuk belajar. Keadaan ini memerlukan kaedah dan teknik pengajaran yang bebeza. Sebahagian pelajar memerlukan bimbingan secara terus oleh guru namun terdapat sebilangan pelajar pula mampu belajar secara berkesan dengan penglibatan guru yang minimum.

            Kepelbagaian pelajar dan peranan sekolah. Sekolah memikul tanggungjawab bagi memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar. Cara yang digunakan ialah pendidikan inklusif. Pendekatan pendidikan inklusif ini adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa.

            Tujuan dan strategi perbezaan. Tujuan perbezaan adalah untuk menggalakkan kejayaan pembelajaran. Dengan ini, pelajar daripada latar belakang dan kebolehan yang berbeza dapat membuktikan apa yang mereka tahu, faham dan apa yang boleh mereka lakukan. Ini membuka peluang kepada pelajar untuk diberi tugas-tugas yang sesuai dan releven dengan kebolehan mereka.

            Kesimpulanya, dengan adanya pengurusan pelbagai budaya ini, perpaduan kaum dapat dicapai dan keharmonian serta kemakmuran negara dapat dibentuk dengan baik. Apabila setiap kaum bersatupadu, negara Malaysia akan terus dipandang tinggi di peringkat antarabangsa.

RUJUKAN:

Wan Hanum Suraya Wan Mohamed. (2015). Pengaruh budaya sekolah, strategi pembelajaran dan efikasi kendiri terhadap pencapaian akademik pelajar tingkatan 4 di Perak. Tanjong Malim: Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
TOPIK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


Bimbingan adalah satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya. Manakala kaunseling adalah proses untuk membantu perhubunganberdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan. Kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.

            Proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan yang diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya. Ia dikenali sebagai ciri-ciri bimbingan.

             Berfokus   kepada   permasalahan   yang   dihadapi   daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Memberi   nasihat   adalah strategi yang paling cepat  untuk mengatasi permasalahan jika  nasihat  itu meninggalkan kesan. Ia dikenali sebagai ciri-ciri penasihatan.

            Mementingkan perkembangan personal dan professional mentee yang berterusan Untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif, bertindakbalas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mantee. Ia dikenali sebagai ciri-ciri mentoring.

            Kesimpulanya, fungsi seorang guru bukan sahaja mengajar bahkan sebagai penasihat kepada para pelajarnya agar mereka yang mempunyai masalah dapat dibantu dengan sebaiknya. Sesi kaunseling terhadap pelajar amat perlu terutamanya bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran mahupun kendiri. Pengurusan penasihatan murid ini sangat penting untuk dilaksanakan agar masalah-masalah yang berlaku dapat diatasi hingga ke akar umbi. 

RUJUKAN:

 Sapora Sipon & Ruhaya Hussin, (2014), Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Universiti Sains Islam Malaysia.

 Zainab Ismail, (2016), Praktikum Bimbingan & Kaunseling. Universiti Kebangsaan Malaysia.
TOPIK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN


Disiplin adalah Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Disiplin juga Kesanggupan seseorang murid  menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang atau peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak. Menurut Foucault (1997) Suatu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan-amalan yang dikehendaki.

 Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor seterusnya adalah persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidka mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal sekoalah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif. (Saayah Abu, 2008). 

Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Dalam proses modifikasi tingkah laku, guru mesti mengikut langkah-langkah yang berikut, antaranya membuat pemerhatian awal dan penilaian terhadap sesuatu tingkah laku bermasalah, mengenal pasti,dan menetapkan matlamat tingkah laku yang diingini, menunjukkan tingkah laku yang betul serta memberikan ganjaran untuk tingkah laku yang positif secara konsisten. Manakala tingkah laku negative guru perlu membuat pemantauan dan penilaian serta menyimpan rekod salah laku murid sebagai bahan rujukan guru.

Pengenaan denda pula adalah bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Semua hukuman denda harus dimaklumkan kepada murid dan pihak sekolah menentukan bahawa sesuatu hukuman betul-betul dilaksanakan. Behavioris berpendapat bahawa tingkah laku yang baik itu diberi ganjaran dan juga pada masa yang sama diberi hukuman terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Skinner pula berpandangan bahawa denda itu hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.

Kesimpulanya, pengurusan tingkah laku ini adalah bermula daripada guru dengan menunjukkan tingkah laku yang baik terlebih dahulu dan juga disiplin bukan penjara kehidupan insan yang bergelar pelajar sebaliknya disiplin sebagai prasyarat untuk para pelajar mencipta kegemilangan dalam kehidupan.  Pelbagai langkah perlu diambil bagi menangani masalah ini daripada terus merebak dan berleluasa.  Kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan masalah disiplin di kalangan pelajar perlulah dipertingkatkan.

RUJUKAN: 

Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995
TOPIK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN


Bilik darjah ialah tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran, maka bilik darjah boleh didefinisikan atau pun diterjemahkan sebagai mana-mana tempat yang berlakunya proses memberi dan menerima maklumat dan ilmu pengetahuan. Konsep bilik darjah sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan dari semasa ke semasa mengikut zaman dan masa serta perkembangan sistem pendidikan dalam tempoh masa tertentu.

Unsur fizikal dalam bilik darjah dahulu lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah. Sekarang, padang sekolah yang digunakan juga dinggap bilik darjah. Jenis-jenis bilik darjah ialah bilik darjah tradisi, bilik darjah KBSR Dan KBSM, bilik darjah mata pelajaran khas (KBSM), bilik darjah terbuka. Penyusunan bilik darjah selalunya kedudukan murid tidak boleh diubah suai bagi mengelakkan kekeliruan semasa pembelajaran. Meja guru juga selalunya berada di hadapan kelas untuk memudahkan pergerakan guru.

Seterusnya interaksi dalam bilik darjah, iaitu dikenali sebagai proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia. Terdapat beberapa jenis interaksi bercorak lisan yang selalu diamalkan di bilik darjah iaitu interaksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala iaitu antara guru dan murid dan sebaliknya, serta interaksi pelbagai hala antara guru dan murid dan pelajar yang lain. Susunan bilik darjah, keadaan emosi bilik darjah, sikap guru yang baik dan sebagainya mampu menjadi faktor belakunya interaksi dalam bilik darjah.

Disamping itu, iklim bilik darjah. Suasana bilik darjah yang kondusif dapat melicinkan proses PdPc dengan berkesan. Iklim bilik darjah terbahagi kepada tiga iaitu suasana fizikal, suasana sosial dan suasana emosi. Susunan fizikal bilik darjah melibatkan perancangan, pengorganisasian, penggunaan kerusi, meja dan sebagainya. Manakala susunan susunan sosial bilik darjah melibatkan guru mengkaji melalui pemerhatian biasa dan teknik sosiometri. Susunan emosi bilik darjah pula ialah seperti suara, kelucuan, kemesraan dan sebagainya.

Kesimpulanya, tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah adalah sangat berkait rapat dengan strategi pengurusan bilik darjah. Bukan sahaja bilik darjah yang beperanan, namum guru juga sangat penting dalam memainkan peranan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan.

RUJUKAN: Mukodi, M. (2016). Bilik-Bilik Demokrasi dalam Pendidikan. SHAHIH :Journal Of Islamicate Multidisciplinary, 1(2), 113. doi: 10.22515/shahih.v1i2.393.




TOPIK 7: PENGURUSAN SUMBER


Pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan fakta, membuktikan kesahihan sesautu fakta dan menyatakan kebenaran agar tidak tersasar dari maksud sebenar maklumat tersebut. Pusat sumber pula ialah tempat, perkhidmatan, koleksi bahan untuk pemebelajaran dan juga agen rujukan para pelajar dan guru.

            Fungsi pusat sumber adalah Pusat kegiatan belajar dan mengajar. Para pelajar dan guru akan menjadikan pusat sumber sebagai medium pelajaran kerana terdapat pelbagai koleksi bahan untuk ko-kurikulum dan kurikulum. Seterusnya, untuk mengisi masa lapang.  Para pelajar dapat berkumpul disitu pada waktu rehat atau waktu lapang mereka jika pusat sumber tersebut kerana pusat sumber menyediakan kemudahan ict atau sebagainya untuk menggalakan aktivit membaca dan kemahiran maklumat.  Selain itu, pusat perkembangan idea dan kreativiti. Hal ini kerana pusat sumber menyediakan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum.
                  Ciri-ciri pusat sumber yang diuruskan dengan baik adalah Mempelbagaikan kegiatan murid,  Sumber rujukan senang diperoleh, Menyeronokan murid dan sebagainya. Komponen pengurusan sumber adalah pengurusan infrastruktur, sumber manusia, kewangan, sumber pengajaran dan pembelajaran, dan pusat sumber. Kepentingan pengurusan sumber adalah dapat merangsang minat pelajar, menyediakan peluang kepada pelajar untuk mencari maklumat dengan mudah, menyediakan pengalaman sebenar, dan melibatkan pelajar belajar secara aktif.

            Terdapat beberapa jenis sumber pembelajaran iaitu sumber asas yang merupakan buku dan majalah. Seterusnya, sumber rujukan elektronik yang merupakan rujukan online. Selain itu, sumber elektronik iaitu menggunakan tenknologi ICT dan sumber pengalaman yang merupakan lawatan pusat sumber atau pertandingan. Cara untuk menggunakan sumber pembelajaran yang ada haruslah sesuai dengan situasi pembelajaran murid, dan murid mendapatkan maklumat daripada pihak sumber untuk mendapatkan maklumat yang diinginkan dan untuk membimbing.

          Kesimpulanya, pengurusan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu penyampaian guru lebih berkesan dengan adanya sumber rujukan yang pelbagai. Pengurusan  sumber merupakan aspek penting dalam pengurusan pembelajaran, pengurusan pusat sumber amat penting kerana ianya salah satu bantuan dalam sistem pembelajaran.

RUJUKAN:

Kepimpinan Dalam Mengurus Perubahan-Dari Dimensi Kemanusiaan. Pearson Prentice Hall.Abdul Aziz Yusof (2007).

TOPIK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH


Bilik darjah ialah tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran, maka bilik darjah boleh didefinisikan atau pun diterjemahkan sebagai mana-mana tempat yang berlakunya proses memberi dan menerima maklumat dan ilmu pengetahuan. Konsep bilik darjah sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan dari semasa ke semasa mengikut zaman dan masa serta perkembangan sistem pendidikan dalam tempoh masa tertentu. Proses pengurusan bilik darjah melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid.

         Antara isi penting yang saya pelajari dari tajuk ini ialah aktiviti pengajaran berkumpulan. Kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan aktiviti berkumpulan, pengelompokan murid dibuat berdasrkan peringkat kebolehan, pelbagai kebolehan dan minat. Kebiasaannya terdapat tiga peringkat murid, iaitu cerdas, sederhana dan lemah.Antara prinsip pengajaran berkumpulan ialah guru bersedia menghadapi pelbagai situasi dan perhatian guru adalah sama rata kepada semua kumpulan. Tujuannya adalah untuk menggalakkan penglibatan aktif pelajar, memupuk rasa bertanggungjawab serta murid yang cerdas dan pandai dapat membantu pelajar yang lemah.

            Seterusnya, penyediaan bahan pengajaran. Bahan pengajaran ialah apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran merangkumi alat dan isi pelajaran. Terbahagi kepada dua iaitu bahan hidup dan bahan bukan hidup. Bahan hidup ialah manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Manakala untuk bahan bukan hidup ialah elektronik (audio dan visual), bukan elektronik (bahan cetak), bahan-bahan dimensi (semulajadi dan buatan manusia). Ia berfungsi sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna dan membantu murid memahami apa yang diajar.

        Di samping itu, pengurusan sumber. Satu proses memilih, menyusun, mengguna dan menyimpan bahan serta alat supaya proses pengajaran dan pembelajaran sempurna. Segala bahan dan alat yang dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pengurusan sumber bertujuan untuk mewujudkan suasana dan persekitaran pendidikan yang hidup dan mencabar dan menimbulkan minat dan semangat untuk murid belajar. Contohnya ialah, untuk buku terdapat rak buku terbuka.

            Kesimpulanya, sebagai seorang insan bergelar guru, kita hendaklah mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan bilik darjah dan cara menguruskannya supaya kita dapat membina organisasi di dalam kelas dengan baik. Guru juga harus bijak dalam memikirkan cara mengatasi masalah disiplin yang pelbagai yang sering berlaku di dalam bilik darjah. Seterusnya, penting untuk seseorang guru mengetahui latar belakang dan minat pelajar agar pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan berkesan.

RUJUKAN: 

Haliza Hamzah. (2014). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

TOPIK 5: PENGURUSAN MURID

Pengurusan murid ini melibatkan aktiviti perancangan, pentaksiran, pengelolaan, pentadbiran dan juga pengawalan serta pemulihan terhadap murid. Hal ini demikian kerana, pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Selain itu, pengurusan murid ini perlulah dilakukan dengan sistematik kerana ianya mampu mencapai matlamat dan objektif yang ingin dilakukan. Tugas bagi menguruskan berkaitan murid ini dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid. Terdapat beberapa komponen pengrusan murid antaranya menguruskan rekod murid, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid.

Menguruskan rekod murid adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru. Ia merupakan maklumat data murid dalam bentuk rekod. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh seorang guru sebelum merekod data murid antaranya rekod murid perlu dijaga dengan baik serta merekod dengan sistematik agar memudahkan guru untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, kaedah yang digunakan mestilah kaedah yang berteknologi canggih agar memudahkan dan data tidak mudah hilang serta selamat. Rekod murid yang perlu dilaksanakan adalah rekod kehadiran, rekod pencapaian, rekod mengajar guru dan sebagainya.

Kesediaan murid belajar adalah keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Kesediaan ini berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai. Merujuk kepada sikap, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Merujuk kepada potensi atau kematangan fizikal dan kesediaan untuk melakukan proses pembelajaran yang baru seperti kesediaan psikomotor, kesediaan afektif, kesediaan kognitif dan jenis kesediaan belajar. Setiap individu menunjukkan emosi berbeza walau dalam situasi yang sama. Gunakan pelbagai stimulus dalam mengekalkan minat murid.

Memotivasikan diri dan murid merupakan rangsangan yang membangkitkan minat diri dan murid ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu. Tingkah laku yang berpusatkan pada sesuatu perkara, dan mampu menghasilkan kepuasan secara berulang-ulang. Naluri ingin tahu mencetuskan tingkah laku seperti ingin mencuba, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk. Dari segi desakan melibatkan tindakan disebabkan oleh keperluan fisiologi, keperluan melibatkan keinginan memenuhi kekurangan fisiologi dan psikologi. Sikap pula dibentuk daripada kefahaman, perasaan dan tindakan, harapan iaitu ramalan subjektif selaras dengan kognitif, aspirasi iaitu penilaian yang subjektif terhadap tugas yang dilaksanakan.

           Kesimpulanya, menguruskan rekod murid ada faedah tersendiri iaitu ibu bapa, pelajar dan warga seluruh dunia dapat membaca maklumat tentang sekolah dari homepage sekolah dan mengetahui pencapaian akademik anak dengan hanya melalui internet. Seterusnya, dengan menggunakan stimulus untuk mengekalkan minat murid, murid akan berada dalam keadaan bersedia ketika pembelajaran berlaku, Selain itu, motivasi juga adalah penting untuk menjadi dorongan dan lebih bersemangat dengan sesuatu perkara.

RUJUKAN:

Rahil Mahyuddin. (2002). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam: Karisma Publications
TOPIK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


Kepimpinan adalah satu proses mempengaruhi aktiviti kumpulan dalam usaha menetapkan dan seterusnya mencapai matlamat organisasi (Stogdill 1950). Kepimpinan juga satu proses di mana seorang individu secara konsisten memberi lebih banyak impak terhadap sifat dan aktiviti kumpulan berbanding orang lain (Kellerman 1984). Manakala organisasi adalah dianggotai oleh sekumpulan individu yang bekerja bersama‐sama ke arah mencapai matlamat yang sama, sebagai satu unit sosial yang mengandungi manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat setiap manusia itu dan organisasinya serta himpunan individu (dua atau lebih) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja, yang diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Ciri organisasi adalah identiti, hierarki, pembahagian tugas, peraturan, dasar dan sistem.

            Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah mengurus dan mentadbir sistem pendidikan negara, dibentuk berdasarkan kepada sistem politik dan pentadbiran negara serta sistem pendidikan di Malaysia merupakan sistem pendidikan berpusat. Struktur organisasi KPM adalah sangat besar, namun secara ringkas terbahagi kepada lima peringkat iaitu eksekutif, pengurusan, penyeliaan, teknikal, pelaksana, struktur. Visi KPM adalah Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Misi KPM ialah melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

       Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Diketuai oleh Pengarah Pendidikan Negeri (Pendaftar) dan dibantu oleh dua orang Timbalan Pengarah. JPN bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program-program, projek-projek, aktiviti pendidikan dalam negeri masing-masing, terus kepada Ketua Pengarah Pelajaran. Manakala Di Sarawak dan Sabah, Pengarah Pendidikan Negeri bertanggungjawab kepada Ketua Menteri.  Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bertanggungjawab untuk memberi khidmat nasihat kepada pengetua/guru besar, membantu sekolah berkaitan perkembangan kurikulum, mengenal pasti guru-guru yang perlu menghadiri kursus, membantu lembaga peperiksaan dalam urusan peperiksaan, dan kemasukan murid ke sekolah dan pertukaran murid.
            Terdapat empat gaya kepimpinan dalam pembelajaran iaitu Autokratik iaitu orang bahawan tidak diberikan peluang untuk memberikan cadangan. Seterusnya, demokratik adalah dasar atau keputusan aktiviti adalah hasil daripada perbincangan. Selain itu, laissez-faire iaitu ketua memberikan sepenuhnya keputusan kepada orang bahawan untuk membuat keputusan dan kontingensi iaitu mengikut keperluan dan keadaan. Untuk menjadikan seorang guru mempunyai kepimpinan guru maka kepimpinan bilik darjah dan kepimpinan pengajaran diperlukan.

        Konklusinya, Kepimpinan suatu kemahiran hidup yang perlu untuk menjayakan sesuatu organisasi mengikut matlamat yang telah dirancangkan dengan mengambil kira faktor-faktor yang berkaitan. Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah terletak kepada keberkesanan kemahiran kepimpinan itu sendiri.

RUJUKAN:
                     
Shahril@ Charil Marzuki. (2001). Ciri-Ciri Kepimpinan Pengetua/Guru Besar Berkesan Yang Dapat Menghadapi Cabaran Dan Harapan Abad Ke 21. Pemimpin, 1(1). 

TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat ...